Saturday, January 15, 2011

Tahun2011

Selamat Tinggal Tahun 2010
Selamat Datang Tahun 2011

Semangat Berpersatuan dan Berpasukan dalam Kelab ini makin kuat dalam mengharungi cabaran semasa. Bagi setiap persembahan yang telah dilakukan dalam Tahun 2010, Tahniah diucapkan dan semoga Tahun 2011 akan memberi lebih banyak peluang dan pembaikan dalam persembahan kita.

Selamat Maju Jaya.

Tuesday, June 1, 2010

Tahun 2010

Tahun 2010

Salam kepada semua kengkawan. Tahun yang cukup sinonim dengan nombor genap. Aktiviti Kleab terus berjalan. Dah boleh diduga jemputan untuk bermain kompang akan mula mengisi bagi bulan Jun dan Disember nanti. Musim cuti sekolah dah lali dengan musin kerja kahwin.

Apapun bagi ahli-ahli kelab jangan terseliuh tangan bila berkompang nanti. Latihan tetap diteruskan.

Tuesday, December 29, 2009

Berakhirnya Pertandingan Kompang Berirama Anjuran Pemuda UMNO Kg Sri Makmor

Salam
Akhirnya Pertandingan Kopang Berirama yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Caw Sri Makmor Pagoh telah tamat pada jam 11.30 Malam. Acara dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh MC. Kehadiran VVIP Pn Noriah Mahat telah emberikan semangat untuk peserta-peserta pertandingan kompang berirama.
Lihatlah team-team yang bertanding








Ada 5 Kumpulan yang bertanding . Asalnya 7 kumpulan tetapi di saat-saat akhir ada team yang enarik diri. Kumpulan Serumpun HArmonimembuat persembahan ke 5. Tuan rumah dah cabut undi awal2..hehehe. Apapun persembahan malam tu memang dahsyat2. Yang ketawa dan sedawa pun ada.

Akhirnya kemenagan berpihak kepada team dari Sungai Abong, Muar. Team ne dah Johan masa Pertandingan kompang Berirama dekat Tangkak dulu.. Tuan Rumah mendapat tempat ke-4. Okla tu. Cube lagi tahun depan.


Ne Pulak kenang-kenangan Program Sukaneka (Sebelah Siang)

 

Thursday, December 17, 2009

Pertandingan Kompang & Sukaneka

Salam,
Macam mane kengkawan yang dah bukak blog ne. Kalau ada cadangn ke, penambahbaikan ke, komen-komen ke dan sebagainya silalah post kan kat blog ne. Apapun bulan Disember ini penuh dengan aktiviti majlis perkahwinan. Sana-sini undangan majlis perkahwinan. So Tahniah lah yang sudah melangsungkan perkahwinan. Yang belum jangan tunggu lelama.hehehe

Apapun pada 27 Disember 2009 ne JKKK Peringkat KAmpung Sri MAkmor menganjurkan sukaneka rakyat. Semua penduduk kampung dijemput hadir dan terlibat sama. Bersama-sama lah kita berduyun-duyun datang yek. Itu aktiviti sebelah siang.

Sebelah malam pula ada Pertandingan Kompang . Dengar khabar sudah ada 8 kumpulan yang akan bertanding . Mesti riuh rendah kampung-kampung diorang sebab buat latihan untuk pertandingan Kompang ni.

Tuan rumah apa lagi persediaan rapi dengar kata la. Sampai malam berlatih. Nak jadi juara kena berkorban sikit. Mesti Gempak.

Apapun sesiapa yang berkesempatan datanglah beramai-ramai ke KampungSri Makmor Pagoh untuk menyaksikan Pertandingan Kompang ini.

Selamat berkompang.

Tuesday, December 15, 2009

Kelab Kompang Serumpun Harmoni

Kelab Kompang
Kampung Sri Makmor Pagoh, Muar (Serumpun Harmoni)

Kelab kompang sememangnya sinonim dengan permainan kompang secara tradisional yang dimainkan dalam majlis-majlis keramaian. Kelab Kompang Serumpun Harmoni ini adalah kesinambungan permainan kompang oleh penduduk Kampung Sri Makmor Pagoh yang rata-rata terdiri daripada golongan belia dan dewasa.

Perubahan masa menyaksikan penglibatan daripada semua golongan anak-anak kecil, remaja, dewasa juga belia dan dewasa yang terdiri daripada kaum lelaki dan wanita. Justeru itu ahli kelab kompang ini telah terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur. Cayalah.



Semoga Kelab Kompang ini akan terus aktif dan berjaya menghidupkan permainan kompang yang dikala ini semakin suram.Kelab kompang ini sangat aktif dalam permainan kompang secara berirama untuk majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, keraian dan sebagainya.


Bagi sesiapa yang diluar sana khasnya kawasan Pagoh yang berhajat untuk menggunakan perkhidmatan kompang kami boleh menghubungi In-Charge kami ne En Ahmad Don Bin Sarip di talian:017-6605167 atau Pn Hasnah Binti Tukino di HP: 013-6534155. Yang pasti Harga boleh dirunding.

Tak percaya cuba download video ini. Baru 1 je ni.. Lambat sikit ye video ni nak play. Tunggu.
Irama: 1) Selawat 2) Dia Datang

Gambar Kenang-kenangan

 

Percubaan Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya..Hajat yang selama ini dipendam untuk menghasilkan blog untuk Kelab Kompang Serumpun Harmoni tercapai. Semoga blog ini akan menjadi medium untuk anda semua berkongsi idea dan maklumat mengenai Kelab Kompang kami.. Kelab Kompang Kg Sri Makmor PAGOH dengan nama rasminya Kelab kompang Serumpun Harmoni.