Tuesday, December 15, 2009

Kelab Kompang Serumpun Harmoni

Kelab Kompang
Kampung Sri Makmor Pagoh, Muar (Serumpun Harmoni)

Kelab kompang sememangnya sinonim dengan permainan kompang secara tradisional yang dimainkan dalam majlis-majlis keramaian. Kelab Kompang Serumpun Harmoni ini adalah kesinambungan permainan kompang oleh penduduk Kampung Sri Makmor Pagoh yang rata-rata terdiri daripada golongan belia dan dewasa.

Perubahan masa menyaksikan penglibatan daripada semua golongan anak-anak kecil, remaja, dewasa juga belia dan dewasa yang terdiri daripada kaum lelaki dan wanita. Justeru itu ahli kelab kompang ini telah terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur. Cayalah.



Semoga Kelab Kompang ini akan terus aktif dan berjaya menghidupkan permainan kompang yang dikala ini semakin suram.Kelab kompang ini sangat aktif dalam permainan kompang secara berirama untuk majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, keraian dan sebagainya.


Bagi sesiapa yang diluar sana khasnya kawasan Pagoh yang berhajat untuk menggunakan perkhidmatan kompang kami boleh menghubungi In-Charge kami ne En Ahmad Don Bin Sarip di talian:017-6605167 atau Pn Hasnah Binti Tukino di HP: 013-6534155. Yang pasti Harga boleh dirunding.

Tak percaya cuba download video ini. Baru 1 je ni.. Lambat sikit ye video ni nak play. Tunggu.
Irama: 1) Selawat 2) Dia Datang

No comments:

Post a Comment