Thursday, December 17, 2009

Pertandingan Kompang & Sukaneka

Salam,
Macam mane kengkawan yang dah bukak blog ne. Kalau ada cadangn ke, penambahbaikan ke, komen-komen ke dan sebagainya silalah post kan kat blog ne. Apapun bulan Disember ini penuh dengan aktiviti majlis perkahwinan. Sana-sini undangan majlis perkahwinan. So Tahniah lah yang sudah melangsungkan perkahwinan. Yang belum jangan tunggu lelama.hehehe

Apapun pada 27 Disember 2009 ne JKKK Peringkat KAmpung Sri MAkmor menganjurkan sukaneka rakyat. Semua penduduk kampung dijemput hadir dan terlibat sama. Bersama-sama lah kita berduyun-duyun datang yek. Itu aktiviti sebelah siang.

Sebelah malam pula ada Pertandingan Kompang . Dengar khabar sudah ada 8 kumpulan yang akan bertanding . Mesti riuh rendah kampung-kampung diorang sebab buat latihan untuk pertandingan Kompang ni.

Tuan rumah apa lagi persediaan rapi dengar kata la. Sampai malam berlatih. Nak jadi juara kena berkorban sikit. Mesti Gempak.

Apapun sesiapa yang berkesempatan datanglah beramai-ramai ke KampungSri Makmor Pagoh untuk menyaksikan Pertandingan Kompang ini.

Selamat berkompang.

No comments:

Post a Comment